waaaa..!jAng gEun sUk sshi..\(^_+)/

waaaa..!jAng gEun sUk sshi..\(^_+)/

JOM main KLIK2!

jOm mEndErma..=)

Friday, December 3, 2010

teman sejati..















...TEMAN...
dirimu umpama cermin bagi diriku
kau yang membimbingku ke arah kebaikan
menegur apa yang salah
menambah apa yang kurang
memberi apa yang tiada
setiap tindak tanduk ku diperhatikan
bukan untuk menjaga tepi kain
atau memperkatakan tentang keburukan
cume menjalan tanggungjawab sebagai seorang teman
juga sebagai hamba YA RABB
yang sentiasa saling berpesan dan saling mengingati

...TEMAN...
hadir mu amat bererti dalam hidup ini
memberi keceriaan
yang tak mampu diberikan oleh orang lain
setiap bait-bait kata
yang menerjah ke cuping telingaku
membuat ku tersedar dari lena yang menjerat
bersamamu membuat ku gembira
kerana punya insan yang masih mahu menegur salah silap ku
dalam menempuh hidup
keburukan ku kalian perbetulkan
kabaikan kita sama-sama kerjakan
demi mendambakan kasih sayang dariNYA

...TEMAN...
syukran aku ucapkan atas keprihatian kalian
tiada erti perjalanan hidupku tanpa bantuan dari kalian
ketahuilah wahai teman-teman yang ku sayangi
kalian selalu hidup dalam hati kecil ku
tak pernah sekali pun ingatan terhadap kalian menipis
cuma satu harapan ku
agar ukhwah kita sentiasa berkekalan selamanya
andai ada perpisahan antara kita
terimalah ia dengan hati yang ikhlas kerana-NYA
di negeri abadi tempat pertemuan semula
berpeganglah pada kata-kata
ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana ALLAHUHIBBUKUM LILLAH





0 LOVE:

Post a Comment

 

LA DOLCE AFIQAH Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino